KAMPUNG KU UMBAI PANTAI

Monday, 19 May 2014

SEJARAH KAMPUNG UMBAI

Bermula dari sebuah perkampungan kecil di tepi Sungai Umbai (Pantai Mat Ibah) yang kemudiannya telah diterokai oleh beberapa keluarga pada tahun 1850, kini ianya telah bertukar wajah menjadi sebuah perkampungan yang begitu indah dan menjadi kebanggaan anak-anak tempatan.

Asalnya Kampung Umbai ini adalah dari beberapa solok mengikut penghijrahan asal keluarga dan punca pencarian kehidupan seharian mereka iaitu Solok Sungai Sembilang, Solok Baroh, Solok Paya Tanjung, Solok Bukit Tembakau, Solok Berangan Enam, Solok Tengah, Solok Minyak dan Solok Pasal. Solok-solok tersebut pada awalnya di dalam kawasan Mukim Umbai. Oleh kerana bertambahnya bilangan penduduk, kemajuan setempat dan pengurusan kariah/politik, maka sebilangan solok-solok tersebut mohon mewujudkan pentadbiran JKKK dan cawangan politik sendiri.

Masa kini, hanya solok Pasal,Solok Sungai Sembilang,Solok Baroh dan Solok Tengah masih lagi bersama di bawah pengurusan Kampung Umbai Pantai. Sepuluh tahun kebelakangan ini, Kampung Umbai telah bertukar wajah mengikuti arus pembangunan setempat yang pesat.


Asal usul nama ‘umbai’ adalah berasal dari perkataan rumput yang banyak tumbuh di sekitar tepi sungai, paya dan saluran air iaitu ‘rumput kumbai’. Pokok kumbai ini menyerupai rumput air yang tingginya boleh menceceh 4 kaki. Kehidupan kumbai ini merumbai ‘serum’ di dalam sawah dan ladang tetapi kumbai ini hanya boleh di dapati di kawasan yang mempunyai saluran air. Batang atau daunnya digunakan sebagai tali untuk mengikat bungkusan.

Pada mulanya, Kampung Umbai Pantai yang diketuai oleh para guru-guru agama yang mengajar secara pondok atau dari rumah ke rumah.pada masa itu, sumber pencarian utama mereka ialah sumber laut(menangkap ikan) dan bercucuk tanam, kemudian hasilnya dijual kepada penduduk kampung. Tok Guru Husin adalah salah seorang guru yang terkenal dan dilantik menjadi ketua guru agama yang pertama pada masa itu.di bawah pengawasan penghulu bersama dengan anak-anak kampung, mereka telah menggembeling tenaga untuk memajukan Kampung Umbai ini.

Hasil daripada usaha mereka, kini Kampung Umbai begitu indah, tersusun dengan penduduknya yang bersikap ramah-tamah dan hidup dalam suasana yang harmoni dan bermuafakat. Maka, dengan perkembangan ini telah wujudnya 5 buah kampung (Kg.Umbai Pantai, Kg.Bukit Tembakau, Kg.Berangan Enam, Kg.Seri Minyak Dan Kg.Umbai Paya Tanjung) yang kekal harmoni dengan pentadbirannya sendiri.


 sumber di ambil dari pi1m

1 comment:

  1. Semoga Kampung Umbai semakin maju di masa2 akan datang.. In sha Allah..

    ReplyDelete

About Us

Tujuan blog ini dibuat adalah untuk komuniti kampung umbai tahu tentang apa yang berlaku di dalam kampung ini. Dan bagi pelawat pelawat luar datang ke kampung ini yang terdapatnya tempat tempat menarik.

Recent

recentposts

Pembentangan Anugerah Desa Perdana 2017 pada 19/4/2017. Alhamdullilah